Pengertian Zakat
Perkataan zakat ( الزکاة ) diambil daripada
perkataan (الشيء الزکاة ( yang bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. ( الزکاة ) merupakan nama dari
sesuatu hak Allah yang mesti dikeluarkan oleh seseorang dan kemudian diserahkan
kepada fakir miskin. Dinamakan zakat kerana mengandungi harapan untuk
memperoleh berkat, membersihkan jiwa untuk sentiasa melakukan pelbagai amal
baik berdasarkan firman Allah:
قد أفلح من زکها (9)
Yang bermaksud, “sesungguhnya berjayalah
orang yang menjadikan dirinya yang bersedia bersih,bertambah-tambah bersih
(dengan iman dan amal kebajikan)
Harta
yang diberikan kepada golongan tertentu dinamakan zakat.ini adalah kerana
pengagihan tersebut dan dengan doa penerimanya akan menyebabkan baki hartanya
menjadi subur dan berkat.
Zakat di syari’atkan pada tahun kedua
setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah sebelum puasa difardukan.
Zakat merupakan rukun Islam ketiga. Zakat
adalah antara rukun Islam yang paling penting. Ianya dihukumkan wajib dan orang
yang menafikan wajib zakat adalah kafir.
Hal ini berdasarkan firman Allah:
الصلوة واتوا الزکوة... واقيمو
Yang bermaksud. “dan dirikanlah kamu akan
sembahyang dan keluarkanlah zakat.
Tempat Dan Penyaluran Zakat.
Orang yang berhak menerima zakat ada lapan
golongan. Kesemuanya ada disebutkan di dalam firman Allah:
Maksudnya: “sesungguhnya sedekah-sedekah
(zakat) itu hanyalah untu orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang
mnguruskan zakat, orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang
hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang dan membelanjakan di jalan
Allah dan orang-orang yang bermusafir. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah
sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah . Dan ingatlah Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Lapan golongan (asnaf) tersebut ialah:
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil Zakat
4. Muallaf
5. Hamba Sahaya
6. Gharimin ( Orang Yang Berhutang )
7. Fi Sabilillah ( Jihad )
8. Ibnu Sabil ( Musafir )
1.FAKIR
Fakir ialah orang yang tidak mempunyai
harta yang dapat menampung keperluan makanan, pakaian dan kediamannya. Sebagai
contoh, dia hanya mendapat tiga ringgit sehari daripada sepuluh ringgit yang
diperlukan.
2.MISKIN
Miskin ialah orang yang mempunyai harta
tetapi tidak cukup untuk menampung keperluannya. Sebagai contoh, Ali memerlukan
sepuluh ringgit sehari tetapi dia mempunyai pendapatan lapan ringgit sahaja.
Golongan
tersebut layak diberikan zakat bagi mecukupi keperluan seumur hidup mereka
mengikut jangka hayat yang biasa. Antara tujuan zakat ialah memberikan
kecukupan dan menutup keperluan orang miskin. Oleh itu, mereka hendaklah
diberikan bantuan zakat sebesar jumlah yang boleh membebaskannya dari
kemiskinan kepada kemampuan, dari keperluan kepada kecukupan sepanjang mereka
hidup. Namun demikian, situasi ini akan berubah mengikut keadaan.
Orang
yang mampu berusaha tidak layak menerima zakat seperti orang yang kaya dan
orang yang mampu berusaha mendapatkan harta.
“Dan sesiapa yang ditanggung baginya oleh bapa, suami,
isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung
bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK MISKIN. "
3.AMIL ZAKAT
Amil ialah orang yang ditugaskan oleh ketua pemerintah atau golongan pemimpin untuk memungut zakat dan mengagihkan hasil zakat kepada
mereka yang layak. Mereka
diberikan ganjaran yang setimpal dengan tugasan yang dilakukan. Mereka juga
tidak boleh mengambil lebih daripada yang telah ditentukan. Amil zakat hanya
pekerja yang diupah untuk memungut zakat. Maka wajarlah jika dia diberikan upah
yang setimpal dengan tugasan mereka.Mereka juga mestilah terdiri dari kalangan
kaum muslimin dan bukan daripada
keluarga Nabi Muhammad SWT.
Menurut satu riwayat yang telah
dinyatakan:
Ertinya: “tidak dihalalkan bagi Muhammad
dan begitu pula bagi keluarga Muhammad”.
4. MUALLAF
Muallaf
ialah mereka yang baru memeluk agama Islam. Mereka diberikan bantuan zakat
dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam. Diharapkan
zakat yang diberikan akan dapat menarik minat golongan mereka yang belum
memeluk agama Islam kepada agama Islam.
Masa atau tempoh
seseorang Muallaf itu tidak ditentukan ia bergantung kepada kuatnya akidah dan
keimanannya, selagi ia masih lemah dalam hal tersebut ia boleh menerima Bahagian Muallaf. Orang
kafir yang perlu dijinakkan dengan harta zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu
:
4.1. Orang kafir yang diberikan harta zakat dengan
harapan mereka beriman seperti yang berlaku ke atas Shafwan bin Umayyah yang
telah diberikan jaminan oleh Nabi Muhammad ketika penaklukan Mekah.
4.2. Orang yang dibimbangi melakukan kejahatan
sehingga ia diberikan bantuan zakat, dan kebimbangan tersebut dapat dielakkan.
4.3. Orang Yang Berhak Mendapat Bahagian Muallaf
1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan) .
2. Kecemasan atau kemalangan dan lain-lain musibah.
3. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis Akad Nikah).
4. Bantaun biasiswa kecil anak-anak saudara baru.
5. Pengurusan rumah atau bangunan Muallaf.
6. Hari raya ( Aidilfitri atau Aidil Adha ).
7. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).
8. Sebaran Dakwah atau Kursus Ilmiah.
9. Menghadiri Ke las Agama Asas.
10. Berkhatan (lelaki sahaja).
11. Penerbitan/Risalah.
1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan) .
2. Kecemasan atau kemalangan dan lain-lain musibah.
3. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis Akad Nikah).
4. Bantaun biasiswa kecil anak-anak saudara baru.
5. Pengurusan rumah atau bangunan Muallaf.
6. Hari raya ( Aidilfitri atau Aidil Adha ).
7. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).
8. Sebaran Dakwah atau Kursus Ilmiah.
9. Menghadiri Ke las Agama Asas.
10. Berkhatan (lelaki sahaja).
11. Penerbitan/Risalah.
Seterusnya kepada
orang Islam yang berada ditempat-tempat yang berbahaya untuk melindungi orang
lain daripada serangan orang kafir dan keganasan puak pelampau atau yang
bertugas memungut zakat daripada penduduk yang tidak dapat dihantarkan amil
kepada mereka.
Mereka akan diberikan bahagian zakat
sekiranya orang Islam memerlukan mereka. Jika tidak, mereka tidak perlu
diberikan apa-apa.
5. HAMBA
Hamba
yang layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan dirinya daripada
perhambaan (( المکاتب ,dengan membuat
perjanjian bahawa dia akan dibebaskan oleh tuannya sekiranya dia dapat
memberikan sejumlah harta kepada tuan tersebut. Maka hamba ini akan diberikan
bantuan zakat untuk menampung kekurangan yang tidak mampu disediakan olehnya.
6. ORANG YANG BERHUTANG ( GHARIM )
Orang
yang berhutang bermaksud mereka yang mempunyai bebanan hutang yang banyak dan
tidak mampu untuk menjelaskannya.mereka akan diberikan bantuan zakat yang
mencukupi untuk menjelaskan hutang tersebut yang telah sampai kepada tenpohnya
dan menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dengan
syarat mereka berhutang dengan tujuan yang halal.
Zakat
tidak boleh diberikan kepada mereka yang berhutang untuk tujuan yang tidak baik
seperti tujuan maksiat dan perkara yang tidak halal kecuali mereka bertaubat
dan benar-benar bertaubat.
7. FI SABILILLAH ( JIHAD )
Jalan
Allah ialah mereka yang merelakan dirinya berjuang mempertahankan umat Islam (jihad)
tanpa imbuhan dan gaji. Mereka dan tanggungannya layak diberikan bantuan zakat
yang mencukupi selama ketiadaannya sehingga mereka pulang ke pangkuan keluarga.
Mereka tetap diberikan bantuan zakat walaupun mereka kaya.
Kemudahan pengangkutan untuk membawa
peralatan dan keperluan semasa perang
juga perlu diberikan kepada mereka untuk berjihad.
Hal ini dapat dirujuk melalui dalil yang diambil daripada
1. Tafsir Ruhul Maani No. 110 Juzuk 10
2. Tafsir Khazin No. 304, Juzuk 2
3. Tafsir Fahrul Razi No. 463 juzuk 4. :
" Dan Ketahui olehmu bahawasanya zahir
daripada lafaz itu tidaklah memastikan tertentu atas ahli peperangan sahaja
maka dengan makna ini telah mencatit oleh Imam Quffal di dalam tafsirnya
daripada setengah Fuqaha bahawasanya mereka mengharuskan zakat-zakat itu kepada
semua jalan kebajikan seperti membalut orang mati dan membena kubu-kubu dan
membanyakkan masjid-masjid kerana Firman Allah Taala itu am pada semuanya
ibarat Ruhul Maani :
" Dan telah mentafsirkan akan dia di dalam
sekelian kebajikan maka masukkan di dalamnya tiap-tiap mereka yang berusaha
pada taatkan Allah Taala dan jalan kebajikan.
8. IBNU SABIL ( MUSAFIR )
Musafir
ialah orang yang dalam perjalanan yang diharuskan oleh syara’ sekalipun
untuk melancong. Mereka layak mendapat bantuan daripada zakat untuk menampung
perbelanjaannya pergi dan balik sekiranya dia berhasrat untuk pulang semula ke
tempat asalnya. Begitu juga halnya dengan perbelanjaan, kenderaan dan binatang
tunggangan yang digunakan ketika bermusafir jika mereka tidak mampu untuk
membawanya sendiri.
Zakat
hanya akan diberikan kepada mereka yang bermusafir untuk kebaikan dan
diharuskan oleh syara’. Zakat tidak boleh diberikan kepada orang yang
bermusafir dengan tujuan yang dilarang
oleh syara’ seperti tujuan maksiat atau perbuatan jenayah kecuali mereka
bertaubat dengan benar-benar bertaubat.
8.1 Orang yang berhak mendapat bahagian ibnu sabil
(musafir)
1. Pengembara atau musafir yang bertujuan kebajikan dan ketaatan seperti
tujuan dakwah..
2. Membuat lawatan luar daripada tempat tinggal seperti lawatan sambil belajar.
3. Pengembara atau musafir yang tidak pulang akibat bencana alam.
4. Belajar di luar negeri atau negara.
2. Membuat lawatan luar daripada tempat tinggal seperti lawatan sambil belajar.
3. Pengembara atau musafir yang tidak pulang akibat bencana alam.
4. Belajar di luar negeri atau negara.
Demikianlah
lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat.pemberian zakat terbatas kepada
mereka ( lapan golongan asnaf ) sahaja dan tidak boleh diagihkan kepada yang
lain.
Dalam firman Allah:
إنماالصدقت للفقراء
Yang bermaksud, sesungguhnya
sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir.