AIR MUTLAK
* Air mutlak ialah air yang suci serta boleh menyucikan.
Air ini boleh digunakan untuk kegunaan seharian seperti membasuh pakaian, memasak dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk bersuci, berwuduk, mandi biasa dan mandi hadas, beristinjak, dan menyucikan najis.
Air kekal menjadi air mutlak sekiranya :
1. Air tersebut melebihi 2 kolah, dimasuki benda yang najis tetapi tidak berubah bau, warna dan rasanya.
2. Air yang dimasuki benda-benda yang tidak najis serta tidak berubah warna, bau dan rasanya.
Air mutlak mempunyai 7 jenis iaitu :
1. Air Hujan
2. Air Laut
3. Air Sungai
4. Air Telaga
5. Air Mata Air
6. Air Embun
7. Air Salji
AIR MUSTAKMAL
*Air mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak menyucikan.
Air ini boleh digunakan untuk membasuh pakaian, pinggan dan sebagainya. Akan tetapi, air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci seperti berwuduk, dan mandi hadas sekiranya ia kurang daripada 2 kolah.
Air ini dinamakan air mustakmal kerana air tersebut telah digunakan untu mengangkat hadas besar atau hadas kecil, ditadah semula dan kurang daripada 2 kolah.
AIR MUTANAJJIS
* Air Mutanajjis ialah air yang bernajis.
Air ini tidak boleh digunakan untuk kegunaan harian seperti makan, minum, membasuh dan bersuci seperti berwuduk, beristinjak dan sebagainya.
Air ini menjadi air mutanajjis kerana:
1. Air yang kurang dua kolah dan dimasuki najis, walaupun tidak berubah bau,warna dan rasanya.
2. Air yang melebihi dua kolah dimasuki najis dan berubah salah satu sifatnya iaitu bau, warna dan rasanya.
AIR MUSYAMMAS
* Air Musyammas ialah air yang terjemur di bawah matahari. (air yang berjemur dalam bekas yang berkarat selain daripada bekas emas dan perak)
Air ini makruh digunakan pada badan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kulit seperti sopak. Individu yang terkena penyakit sopak ini, kulit mereka akan menjadi belang-belang putih atau bekas tompokan putih pada badan mahupun muka.
AIR MUTAGHAYYIR
* Air mutaghayyir ialah air yang telah berubah. Hukum air ini ialah suci tetapi tidak menyucikan.
contoh air mutaghayyir ialah Air kopi, air teh, dan sebagainya. Air ini brubah dari segi sifat,bau, warna dan rasanya.
Air ini berubah menjadi air mutaghayyir sekiranya air mutlak itu bercampur dengan benda-benda yang menukarkan nama dan sifat -sifatnya seperti kopi, teh, pati buah-buahan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan