Khamis, 25 Disember 2014

Pengertian Zakat
Perkataan zakat ( الزکاة )  diambil daripada perkataan (الشيء الزکاة ( yang bermaksud sesuatu itu bertambah dan subur. ( الزکاة )  merupakan nama dari sesuatu hak Allah yang mesti dikeluarkan oleh seseorang dan kemudian diserahkan kepada fakir miskin. Dinamakan zakat kerana mengandungi harapan untuk memperoleh berkat, membersihkan jiwa untuk sentiasa melakukan pelbagai amal baik berdasarkan firman Allah:

قد أفلح من زکها (9)
Yang bermaksud, “sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang bersedia bersih,bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

            Harta yang diberikan kepada golongan tertentu dinamakan zakat.ini adalah kerana pengagihan tersebut dan dengan doa penerimanya akan menyebabkan baki hartanya menjadi subur dan berkat.
Zakat di syari’atkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah sebelum puasa difardukan.
Zakat merupakan rukun Islam ketiga. Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Ianya dihukumkan wajib dan orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir.

Hal ini berdasarkan firman Allah:
الصلوة واتوا الزکوة...  واقيمو
Yang bermaksud. “dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.




Tempat Dan Penyaluran Zakat.

Orang yang berhak menerima zakat ada lapan golongan. Kesemuanya ada disebutkan di dalam firman Allah:
Maksudnya: “sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untu orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang mnguruskan zakat, orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang dan membelanjakan di jalan Allah dan orang-orang yang bermusafir. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah . Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Lapan golongan (asnaf) tersebut ialah:
1.      Fakir
2.      Miskin
3.      Amil Zakat
4.      Muallaf
5.      Hamba Sahaya
6.      Gharimin ( Orang Yang Berhutang )
7.      Fi Sabilillah ( Jihad )
8.      Ibnu Sabil ( Musafir )


1.FAKIR
Fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta yang dapat menampung keperluan makanan, pakaian dan kediamannya. Sebagai contoh, dia hanya mendapat tiga ringgit sehari daripada sepuluh ringgit yang diperlukan.

2.MISKIN
            Miskin ialah orang yang mempunyai harta tetapi tidak cukup untuk menampung keperluannya. Sebagai contoh, Ali memerlukan sepuluh ringgit sehari tetapi dia mempunyai pendapatan lapan ringgit sahaja.
            Golongan tersebut layak diberikan zakat bagi mecukupi keperluan seumur hidup mereka mengikut jangka hayat yang biasa. Antara tujuan zakat ialah memberikan kecukupan dan menutup keperluan orang miskin. Oleh itu, mereka hendaklah diberikan bantuan zakat sebesar jumlah yang boleh membebaskannya dari kemiskinan kepada kemampuan, dari keperluan kepada kecukupan sepanjang mereka hidup. Namun demikian, situasi ini akan berubah mengikut keadaan.
            Orang yang mampu berusaha tidak layak menerima zakat seperti orang yang kaya dan orang yang mampu berusaha mendapatkan harta.
“Dan sesiapa yang ditanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK MISKIN. "


3.AMIL ZAKAT
            Amil ialah orang yang ditugaskan oleh ketua pemerintah  atau golongan pemimpin untuk memungut  zakat dan mengagihkan hasil zakat kepada mereka yang layak. Mereka diberikan ganjaran yang setimpal dengan tugasan yang dilakukan. Mereka juga tidak boleh mengambil lebih daripada yang telah ditentukan. Amil zakat hanya pekerja yang diupah untuk memungut zakat. Maka wajarlah jika dia diberikan upah yang setimpal dengan tugasan mereka.Mereka juga mestilah terdiri dari kalangan kaum muslimin  dan bukan daripada keluarga Nabi Muhammad SWT.
Menurut satu riwayat yang telah dinyatakan:
Ertinya: “tidak dihalalkan bagi Muhammad dan begitu pula bagi keluarga Muhammad”.

4. MUALLAF
            Muallaf ialah mereka yang baru memeluk agama Islam. Mereka diberikan bantuan zakat dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka kepada agama Islam. Diharapkan zakat yang diberikan akan dapat menarik minat golongan mereka yang belum memeluk agama Islam kepada  agama Islam.
Masa atau tempoh seseorang Muallaf itu tidak ditentukan ia bergantung kepada kuatnya akidah dan keimanannya, selagi ia masih lemah dalam hal tersebut  ia boleh menerima Bahagian Muallaf. Orang kafir yang perlu dijinakkan dengan harta zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu :
4.1. Orang kafir yang diberikan harta zakat dengan harapan mereka beriman seperti yang berlaku ke atas Shafwan bin Umayyah yang telah diberikan jaminan oleh Nabi Muhammad ketika penaklukan Mekah.
4.2. Orang yang dibimbangi melakukan kejahatan sehingga ia diberikan bantuan zakat, dan kebimbangan tersebut dapat dielakkan.
4.3. Orang Yang Berhak Mendapat Bahagian Muallaf
1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan) .
2. Kecemasan atau kemalangan dan lain-lain musibah.
3. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis Akad Nikah).
4. Bantaun biasiswa kecil anak-anak saudara baru.
5. Pengurusan rumah atau bangunan Muallaf.
6. Hari raya ( Aidilfitri atau Aidil Adha ).
7. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).
8. Sebaran Dakwah atau Kursus Ilmiah.
9. Menghadiri Ke las Agama Asas.
10. Berkhatan (lelaki sahaja).
11. Penerbitan/Risalah.

            Seterusnya kepada orang Islam yang berada ditempat-tempat yang berbahaya untuk melindungi orang lain daripada serangan orang kafir dan keganasan puak pelampau atau yang bertugas memungut zakat daripada penduduk yang tidak dapat dihantarkan amil kepada mereka.
            Mereka akan diberikan bahagian zakat sekiranya orang Islam memerlukan mereka. Jika tidak, mereka tidak perlu diberikan apa-apa.

5. HAMBA
            Hamba yang layak menerima zakat ialah orang yang ingin membebaskan dirinya daripada perhambaan (( المکاتب ,dengan membuat perjanjian bahawa dia akan dibebaskan oleh tuannya sekiranya dia dapat memberikan sejumlah harta kepada tuan tersebut. Maka hamba ini akan diberikan bantuan zakat untuk menampung kekurangan yang tidak mampu disediakan olehnya.


6. ORANG YANG BERHUTANG ( GHARIM )
            Orang yang berhutang bermaksud mereka yang mempunyai bebanan hutang yang banyak dan tidak mampu untuk menjelaskannya.mereka akan diberikan bantuan zakat yang mencukupi untuk menjelaskan hutang tersebut yang telah sampai kepada tenpohnya dan menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dengan syarat mereka berhutang dengan tujuan yang halal.
            Zakat tidak boleh diberikan kepada mereka yang berhutang untuk tujuan yang tidak baik seperti tujuan maksiat dan perkara yang tidak halal kecuali mereka bertaubat dan benar-benar bertaubat.

7. FI SABILILLAH ( JIHAD )
            Jalan Allah ialah mereka yang merelakan dirinya berjuang mempertahankan umat Islam (jihad) tanpa imbuhan dan gaji. Mereka dan tanggungannya layak diberikan bantuan zakat yang mencukupi selama ketiadaannya sehingga mereka pulang ke pangkuan keluarga. Mereka tetap diberikan bantuan zakat walaupun mereka kaya.
Kemudahan pengangkutan untuk membawa peralatan dan keperluan semasa perang  juga perlu diberikan kepada mereka untuk berjihad.

Hal ini dapat dirujuk melalui dalil yang diambil daripada
1. Tafsir Ruhul Maani No. 110 Juzuk 10
2. Tafsir Khazin No. 304, Juzuk 2
3. Tafsir Fahrul Razi No. 463 juzuk 4. :
" Dan Ketahui olehmu bahawasanya zahir daripada lafaz itu tidaklah memastikan tertentu atas ahli peperangan sahaja maka dengan makna ini telah mencatit oleh Imam Quffal di dalam tafsirnya daripada setengah Fuqaha bahawasanya mereka mengharuskan zakat-zakat itu kepada semua jalan kebajikan seperti membalut orang mati dan membena kubu-kubu dan membanyakkan masjid-masjid kerana Firman Allah Taala itu am pada semuanya ibarat Ruhul Maani :
" Dan telah mentafsirkan akan dia di dalam sekelian kebajikan maka masukkan di dalamnya tiap-tiap mereka yang berusaha pada taatkan Allah Taala dan jalan kebajikan.

8. IBNU SABIL ( MUSAFIR )
            Musafir ialah orang yang dalam perjalanan yang diharuskan oleh syara’ sekalipun untuk melancong. Mereka layak mendapat bantuan daripada zakat untuk menampung perbelanjaannya pergi dan balik sekiranya dia berhasrat untuk pulang semula ke tempat asalnya. Begitu juga halnya dengan perbelanjaan, kenderaan dan binatang tunggangan yang digunakan ketika bermusafir jika mereka tidak mampu untuk membawanya sendiri.
            Zakat hanya akan diberikan kepada mereka yang bermusafir untuk kebaikan dan diharuskan oleh syara’. Zakat tidak boleh diberikan kepada orang yang bermusafir  dengan tujuan yang dilarang oleh syara’ seperti tujuan maksiat atau perbuatan jenayah kecuali mereka bertaubat dengan benar-benar bertaubat.
8.1 Orang yang berhak mendapat bahagian ibnu sabil (musafir)
1. Pengembara atau musafir  yang bertujuan kebajikan dan ketaatan seperti tujuan dakwah..
2. Membuat lawatan luar daripada tempat tinggal seperti lawatan  sambil belajar.
3. Pengembara atau musafir  yang  tidak pulang akibat bencana alam.
4. Belajar di luar negeri atau negara.

            Demikianlah lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat.pemberian zakat terbatas kepada mereka ( lapan golongan asnaf ) sahaja dan tidak boleh diagihkan kepada yang lain.
Dalam firman Allah:
إنماالصدقت للفقراء
Yang bermaksud, sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir.


Rabu, 24 Disember 2014



 



AIR MUTLAK
         
      * Air mutlak ialah air yang suci serta boleh menyucikan.
Air ini boleh digunakan untuk kegunaan seharian seperti membasuh pakaian, memasak dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk bersuci, berwuduk, mandi biasa dan mandi hadas, beristinjak, dan menyucikan najis.

    Air kekal menjadi air mutlak sekiranya  :

 1. Air tersebut melebihi 2 kolah, dimasuki benda yang najis tetapi tidak berubah bau, warna dan   rasanya.
 2. Air yang dimasuki benda-benda yang tidak najis serta tidak berubah warna, bau dan rasanya.

Air mutlak mempunyai 7 jenis iaitu : 

              1. Air Hujan
              2. Air Laut
              3. Air Sungai
              4. Air Telaga
              5. Air Mata Air
              6. Air Embun 
              7. Air Salji


AIR MUSTAKMAL
     
       *Air mustakmal ialah air yang suci tetapi tidak menyucikan.
Air ini boleh digunakan untuk membasuh pakaian, pinggan dan sebagainya. Akan tetapi, air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci seperti berwuduk, dan mandi hadas sekiranya ia kurang daripada 2 kolah.

   Air ini dinamakan air mustakmal kerana air tersebut telah digunakan untu mengangkat hadas besar atau hadas kecil, ditadah semula dan kurang daripada 2 kolah.


AIR MUTANAJJIS

    * Air Mutanajjis ialah air yang bernajis.
Air ini tidak boleh digunakan untuk kegunaan harian seperti makan, minum, membasuh dan bersuci seperti berwuduk, beristinjak dan sebagainya.

   Air ini menjadi air mutanajjis kerana:

1. Air yang kurang dua kolah dan dimasuki najis, walaupun tidak berubah bau,warna dan rasanya.
2. Air yang melebihi dua kolah dimasuki najis dan berubah salah satu sifatnya iaitu bau, warna dan rasanya.

AIR MUSYAMMAS

    * Air Musyammas ialah air yang terjemur di bawah matahari. (air yang berjemur dalam bekas yang berkarat selain daripada bekas emas dan perak)

Air ini makruh digunakan pada badan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kulit seperti sopak. Individu yang terkena penyakit sopak ini, kulit mereka akan menjadi belang-belang putih atau bekas tompokan putih pada badan mahupun muka.


AIR MUTAGHAYYIR

    * Air mutaghayyir ialah air yang telah berubah. Hukum air ini ialah suci tetapi tidak menyucikan.
contoh air mutaghayyir ialah Air kopi, air teh,  dan sebagainya. Air ini brubah dari segi sifat,bau, warna dan rasanya.

Air ini berubah menjadi air mutaghayyir sekiranya air mutlak itu bercampur dengan benda-benda yang menukarkan nama dan sifat -sifatnya seperti kopi, teh, pati buah-buahan dan sebagainya.